TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN BANGUNAN & FASILITI

PENGENALAN

Kursus ini melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan bangunan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri sejajar dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran. Pelajar akan diberikan pendedahan serta pengetahuan yang komprehensif tentang perkhidmatan dan penyeliaan operasi bagi memastikan kerja penyelenggararaan bangunan berjalan dengan lancar serta memenuhi kehendak industri dan pelanggan.
Pelajar juga akan dilengkapkan dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan disiplin yang diperlukan dalam bidang penyelenggaraan bangunan.

SYARAT KEMASUKKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN

Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 Tahun 3 Bulan dengan 3 Bulan Latihan Industri semasa di Semester 5

MODUL PEMBELAJARAN

1. Building Finishes Maintenance
2. Building Electrical System Maintenance
3. Plumbing System Maintenance
4. Fire Protection System Maintenance
5. Air Conditioning & Mechanical Ventilation System
Maintenance
6. Building Telecommunication Network Maintenance

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

ADTEC Kemaman, IKBN

Prospek Kerjaya

1. Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan
2. Pembantu Jurutera (Awam)
3. Pembantu Jurutera (Elektrikal)
4. Pembantu Pegawai Teknikal
5. Pembantu Penolong Jurutera
6. Pembantu Penyelenggaraan Bangunan
7. Pembantu Perunding Penyelenggaraan
8. Pembantu Penyelia Tapak (Site Supervisor)
9. Kontraktor Penyelenggaraan Bangunan

PENAFIAN

Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik :
Google Chrome / Firefox versi 111++ dengan resolusi: 1920px X 1080px

HUBUNGI KAMI

ADTEC JTM Kampus Serian @ Institut Latihan Perindustrian 
Lot 5484, Off Jalan Rahul Debak,
94700 Serian, Sarawak.

Tel: 082-874 000

E-Mail: ilpserian@jtm.gov.my

PELAWAT

Anda Adalah Pelawat Ke 

003121
HARI INI : 4
SEMALAM : 1
BULAN INI : 81
JUMLAH : 3121

toggle icon