SEJARAH
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada:
(a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
(b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
(c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Kursus yang ditawarkan peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan. ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
ADTEC JTM Kampus Serian (ADTEC Serian) juga dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian terletak dalam 1 km daripada bandar Serian, Sarawak. Mula membuat pengambilan pelajar pada Januari 2025 serama 53 orang dari 2 kursus yang ditawarkan.
ADTEC JTM Kampus SERIAN menyediakan 5 kursus berasaskan TVET. Kursus-kursus tersebut ialah Teknologi Elektrik, Teknologi Binaan Bangunan, Teknolgi Cadd Senibina, Teknologi Penyenggaraan Bangunan Dan Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
ADTEC JTM Kampus SERIAN berkeluasan 62.8 ekar. Buat masa kini, seramai 36 staf pengajar dan kakitangan pentadbiran telah melapurkan diri.