TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL & STRUKTUR)

PENGENALAN

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan Latihan yang diberikan merangkumi kerja-kerja asas pembinaan bangunan bermula daripada kerja-kerja merancang dan menyediakn pelan, anggaran bahan, penyediaan tapak binaan, kerja-kerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerja-kerja penyudahan dan penyerahan bangunan. Rangkaian kursus meliputi membaca pelan, kerja-kerja ukur bahan, ujian bahan binaan, menyelia tapak binaan, merancang projek binaan yang dijalankan, menganalisa dan mereka bentuk mengikut syarat-syarat dalam kontrak, pengurusan projek dan projek akhir

SYARAT KEMASUKKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN

Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 Tahun 3 Bulan dengan 3 Bulan Latihan Industri semasa di Semester 5

STRUKTUR KURSUS

Rujukan NOSS / NOSS references

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

Semester 5

Latihan Industri (Industrial Training)

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

Peluang kerjaya

 

toggle icon