TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA
PENGENALAN
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) ditawarkan untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai pengetahuan dan mahir dalam kerja pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, sama ada sistem untuk domestik atau komersil berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Selain dari itu, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang menggunakan sama ada sistem penyejuk udara atau sistem penyejuk air. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari sistem penyamanan udara kenderaan, membuat penyambungan sistem paip penyejukan, penyelenggaraan peti sejuk, penyelenggaraan komponen elektrik dan elektronik serta mekanikal untuk sistem penyaman udara. Program ini mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.
SYARAT KEMASUKKAN
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;
(ii) Tamat Tingkatan 5;
**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERSIJILAN
Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:
* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
TEMPOH
2 Tahun 3 Bulan dengan 3 Bulan Latihan Industri semasa di Semester 5
STRUKTUR KURSUS
SMPU03 – TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA
Rujukan NOSS / NOSS references
F432-008-3:2021 : Pemasangan Dan Penyelenggaraan Tiga Fasa Pemanasan, Pengudaraan Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan (HVAC&R)
Semester 1
SMPU03-12-02 Technical Drawing
SMPU03-12-02 Technical Drawing
SMPU03-12-03 Metal Work And Fabrication
SMPU03-13-04 Basic Refrigeration And Air Conditioning System
SMPU03-12-05 Heating Equipment Installation
Semester 2
SMPU03-22-01 Ventilation Equipment Installation
SMPU03-24-02 Air Conditioning And Refrigeration Air-Cooled Equipment Installation
SMPU03-23-03 Air Conditioning And Refrigeration Air-Cooled Equipment Testing And Commissioning
SMPU03-24-04 Air-Conditioning Water-Cooled Equipment Installation
Semester 3
SMPU03-33-01 Air-Conditioning Water-Cooled Equipment Testing And Commissioning
SMPU03-32-02 Hvac&R Equipment Testing And Commissioning
SMPU03-32-03 Heating Equipment Maintenance
SMPU03-32-04 Ventilation Equipment Maintenance
SMPU03-33-05 Air-Cooled Indoor Equipment Maintenance
Semester 4
SMPU03-43-01 Air-Cooled Outdoor Equipment Maintenance
SMPU03-43-02 Water-Cooled Indoor Equipment Maintenance
SMPU03-42-03 Water Cooled Piping System Maintenance
SMPU03-43-04 Hvac&R Three Phase Installation And Maintenance Supervision
Semester 5
Latihan Industri
Industrial Training
LALUAN KERJAYA
Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.
Sambung belajar
ADTEC Shah Alam ADTEC Kemaman, ILP Kepala Batas, IKTBN, MFI
Sijil kompetensi berkaitan
Pengendalian Refrigeran Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RSS) sijil tauliah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Peluang kerjaya
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) menyediakan prospek kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan di sektor Awam atau Swasta atau menjalankan perniagaan sebagai Penyedia Perkhidmatan untuk memasang / menyelenggara /membekalkan unit penyaman udara. Selain peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta. Jika tidak, mereka masih boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma